Pages

Wednesday 28 November 2012

UDANG LIPAN....memang macam lipan...



Udang lipan???korang pernah tengok atau dengar pasal udang ni??....

Aku pun baru tahu pasal kewujudan udang ni.....rupanya sebiji macam lipan....huhu
Lepas dah masak lagi la nampak macam lipan...
Kalau aku la,tak sanggup nak makan.....geli tengok nya....tengok orang makan relax je....sedap agaknya.....

Jom kita baca sedikit fakta pasal udang ni....jom2!

Udang lipan, udang mentadak atau udang ronggeng merupakan sejenis spesis udang yang diperdagangkan...ia merupakan sejenis udang laut....Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda...Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang...... Ia mampu mencecah 30 sentimeter (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai..... Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks.....Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang.........Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang...........


Ni gambar udang tu....







No comments:

Post a Comment