Pages

Saturday 15 December 2012

~HOLIDAY QUOTES~

George Bernard Shaw
A perpetual holiday is a good working definition of hell.

Amanda Bradley
Celebrate the happiness that friends are always giving, make every day a holiday and celebrate just living!

Philip Andrew
To many people holidays are not voyages of discovery, but a ritual of reassurance.

Earl Wilson
A vacation is what you take when you can no longer take what you've been taking.

Elbert Hubbard
No man needs a vacation so much as the person who has just had one.

William Shakespeare
Come, woo me, woo me, for now I am in a holiday humor, and like enough to consent.

Brian Clough
Who the hell wants fourteen pairs of shoes when they go on holiday? I haven't had fourteen pairs in my life.

Abraham Polonsky
A holiday is when you celebrate something that's all finished up, that happened a long time ago and now there's nothing left to celebrate but the dead.

*Socotra, Yaman*





Socotra digambarkan sebagai salah satu tempat yang kelihatan seperti asing dari planet lain. Ianya sangat terasing dengan iklim yang ekstrem dan kering, dan hasilnya satu pertiga daripada tumbuhan di sini tidak terdapat di tempat-tempat lain, termasuk pokok Darah Naga yang terkenal, tumbuhan luar biasa berbentuk seperti payung yang mengeluarkan getah berwarna merah. Socotra dianggap sebagai tempat mempunyai paling banyak kepelbagaian tumbuhan di tanah Arab dan disenaraikan sebagai tapak warisan dunia.

"Great Blue Hole, Belize"


 
 
Lubang dalam yang digelar sebagai Blue Hole ini boleh didapati di perairan Bahamas dan Belize. Lubang ini selalunya merupakan pintu masuk ke rangkaian gua dan ada di antara kepanjangannya mencecah sehingga 14 kilometer. Penyelam telah melaporkan menjumpai sejumlah besar makhluk akuatik yang masih baru kepada sains.

*Vale Da Lua, Brazil*


 
 
 
Tempat ini merupakan lembangan batu yang terbentuk hasil hakisan dari Sungai San Miguel. Vale Da Lua bermaksud lembah bulan dan diberikan nama tersebut kerana hakisan dari sungai menyebabkan batu tersebut menjadi licin dan berwarna kelabu seperti di bulan. Lembah ini juga mempunyai batu tertua di dunia, degan anggaran usia menjangkau 1.8 billion tahun. Sungai tersebut pula telah membentuk gua, air terjun dan pembentukan batu yang pelik. Jika dilihat dari angkasa lepas, kawasan ini merupakan yang paling bercahaya di bumi.

*Pamukkale, Turki*





Pamukkale dalam bahasa Turki bermaksud istana kapas, dan juga dipanggil istana putih kerana persekitarannya yang keputihan disebabkan oleh kepekatan calcite yang tinggi di dalam air. Endapan sedimen dari batu travertine menghasilkan teres putih, air terjun yang membatu dan hutan mineral yang membentuk landskap di sekitarnya.

17 mata air panas di sini pula dipanaskan oleh gunung berapi bawah tanah. Kawasan ini juga menjadi spa untuk berubat sejak ribuan tahun dan menarik pengunjung dari serata dunia, selain kerajaan Rom pernah membina kota kuno Hieropolis di sini.

*Chocolate Hills, Bohol, Filipina*


 
 
 
Chocolate Hills merupakan tempat tarikan pelancong paling popular di Bohol, Filipina yang disenaraikan di nombor 6 dalam tujuh keajaiban baru dunia. Kawasan bukit ini terdiri daripada kira-kira 1268 bukit batu kapur yang dilitupi rumput berbentuk kon dengan ketinggian antara 40-120 meter. Chocolate Hills yang merupakan satu keajaiban alam ini juga disenaraikan sebagai tugu geologi nasional Filipina.

Semasa musim panas, bukit batu kapur yang dilitupi rumput ini akan mengering dan bertukar warna menjadi perang, mengubah kawasan ini menjadi barisan bukit yang kelihatan seperti coklat. Direkodkan bahawa tiada pembentukan semulajadi yang seumpamanya di dunia.

*Fly Geyser Reno, Nevada*






Pancutan air panas ini terhasil secara tidak sengaja daripada penggerudian mencari telaga air, walaupun ianya tidak terbentuk sehinggalah tahun 1960. Tempat yang mempunyai kawasan geoterma ini telah menyebabkan air panas terpancut ke atas permukaan dan mineral mula terbentuk yang akhirnya menghasilkan gunung berapi kecil setinggi 5 kaki, dengan lapisan teres. Teres tersebut mempunyai warna berlainan disebabkan mineral yang terdapat di situ. Tempat yang asalnya tidak mempunyai banyak air ini telah menarik angsa, itik, ikan dan juga haiwan-haiwan ke sini.

*Laut Mati, Jordan*





Laut Mati yang juga dikenali sebagai Laut Garam ini terletak di sempadan Jordan dan Israel. Ianya terletak di ketinggian paling rendah di atas permukaan bumi. Disebabkan kemasinan dan kepadatan yang sangat tinggi, ianya digelar Laut Mati dan airnya lebih masin berbanding air laut. Ianya juga terkenal dengan sifatnya yang boleh mengapungkan manusia di atas permukaan air. Hidupan air seperti ikan juga tidak mampu untuk hidup di sini.

*Rio Tinto, Sepanyol*




Sungai Rio Tinto mengalir dari gunung Sierra Moreno hingga ke Teluk Cadiz di Huelva, Sepanyol. Rio Tinto bermaksud sungai merah dan ini bertepatan dengan keadaan sungai ini yang berwarna merah disebabkan tahap besi yang tinggi. Sungai ini dilombong untuk tembaga, emas dan perak sejak dari zaman kuno dan berterusan sehingga hari ini.

Ianya juga mempunyai lombong tertua di dunia, yang dipercayai peninggalan Nabi Sulaiman. Disebabkan aktiviti perlombongan, sungai ini mempunyai kadar asid yang tinggi dan menjadi habitat kepada organisma yang hanya hidup dalam keadaan ekstrem.

*Cano Cristales, Colombia*




Cano Cristales merupakan sungai yang terletak di pergunungan Serrania de la Macarena. Kawasan ini sangat terpencil di mana cara untuk ke sana hanyalah dengan menaiki kuda, keldai atau berjalan kaki. Kawasan ini dipenuhi dengan air terjun, jeram dan perigi di mana airnya sangat jernih hingga permukaannya boleh jelas dilihat.

Dalam tempoh antara musim hujan dan musim kemarau yang berlaku antara September-November, sungai tersebut akan bertukar dengan dipenuhi warna. Alga di dalam sungai menghasilkan campuran warna merah, biru, hijau, hitam dan kuning. Sungai ini juga tidak mempunyai ikan kerana salurannya yang rumit dan bersimpang-siur. Sungai ini juga dipanggil The River of Five Colours, The Liquid Rainbow dan The River That Ran Away From Paradise.

*SANQINGSHAN, CHINA*




Sanqingshan yang dianggap sebagai tempat suci ini digunakan oleh penganut agama Tao untuk meditasi, dan dipercayai mampu memberikan keabadian hidup. Tempat ini diselubungi kabus selama 200 hari setahun dan kabus ini menyumbang kepada persekitaran yang sangat menyamankan, bersama-sama dengan beribu-ribu anak sungai yang mengalir ke tasik-tasik, formasi batu granit yang menyerupai bentuk manusia dan haiwan dan pokok-pokok pain yang berbentuk unik.

Tasik-tasik dan tumbuh-tumbuhan mewujudkan persekitaran unik yang menarik banyak spesis burung dan haiwan eksotik yang jarang dijumpai.

Wednesday 28 November 2012

UDANG LIPAN....memang macam lipan...



Udang lipan???korang pernah tengok atau dengar pasal udang ni??....

Aku pun baru tahu pasal kewujudan udang ni.....rupanya sebiji macam lipan....huhu
Lepas dah masak lagi la nampak macam lipan...
Kalau aku la,tak sanggup nak makan.....geli tengok nya....tengok orang makan relax je....sedap agaknya.....

Jom kita baca sedikit fakta pasal udang ni....jom2!

Udang lipan, udang mentadak atau udang ronggeng merupakan sejenis spesis udang yang diperdagangkan...ia merupakan sejenis udang laut....Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda...Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang...... Ia mampu mencecah 30 sentimeter (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai..... Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks.....Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang.........Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang...........


Ni gambar udang tu....







Facebook VS Twitter
















Facebook???      Twitter????   Which one do you prefer??

Semalam aku baru je selesai buat presentation pasal tajuk ni untuk subjek Academic Communication.....

Sebab buat tajuk ni la aku search pasal twitter....sebelum ni tak penah tau pun pasal twitter......penah dengar je la....

TWEET....TWEET....hehe.....

Al maklum la....aku ni tak da twitter.....ade facebook je......tapi bila dah search pasal twitter rasa best pulak twitter ni....hahha....Nak buat la....tapi tak tau bila la kan...haha


Dekat bawah ni ade video pasal Facebook VS Twitter.....

Korang tengok la...Funny....hehe


*THE BEST VILLAGE STYLE*




Amsterdam, Netherlands (The Best Village Style)

Bagi yang mengimpikan percutian gaya kampung penuh ketenangan, Amsterdam adalah tempat yang paling sesuai untuk mereka lawati.........

Bukan itu sahaja, Amsterdam terkenal dengan kawasan kincir anginnya serta padang ragut rumput yang luas. ....

Cuba korang semua bayangkan, korang berada dalam suasana senja dibawah pohon Oak sambil angin sepoi bertiupan.....Perghhhh!!!! Best tuuuuuuuuu.......
Satu pengalaman luar kota yang sangat sukar dilupakan......

Amsterdam juga terkenal dengan terusannya....... Apabila mengunjungi Amsterdam, korang boleh menyewa rakit dan menyusuri terusan di kawasan Amsterdam ini.....Sangat mengkagumkan.!!!......
 
Antara tempat terkenal yang patut dilawati adalah “Anne Frank House – A Museum with A Story”....



                                                         AMSTERDAM CITY

 








                                          “Anne Frank House – A Museum with A Story”







*THE CITY of ANCIENT CIVILISATION*

 
 
Mexico (The City of Ancient Civilisation)
 
Tempat ini agak antik dan bersejarah....bagi penggemar sejarah boleh la datang ke sini....
 
Sebenarnya, di sinilah bermulanya peradaban yang sangat terkenal iaitu Maya....... Maya meningkat popular dengan ramalan yang tepat seperti jangkaan kematian Abraham Lincoln....
 
Kini, masyarakat dunia heboh dengan jangkaan 2012 dalam kitab purba masyarakat Maya sehingga terhasilnya movie 2012.......
 
Untuk sesiapa yang ingin menambahkan ilmu dalam bidang peradaban purba dan masyarakat lampau, bolehlah melawat ke tempat-tempat seperti National Historic Park of Palengue yang merupakan kota lama peradaban Maya.....
 
Malah, tempat ini telah diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site...,,,
 
 
 
                                                                TEOTIHUACAN
 
 





                                        NATIONAL HISTORIC PARK of PALENGUE













*THE MOST EXQUISITE ARCHITECTURE*

 



Granada & Seville, Spain (The Most Exquisite Architecture)

Tempat pelancongan ini sesuai bagi mereka yang meminati senibina lampau.......

Alhambra adalah antara tempat yang mesti dilawati di Sepanyol yang terletak di Granada.............
Ia menghimpunkan banyak senibina lampau yang unik seawal penciptaan bangunan menggunakan batu pasir....

Di Seville, anda patut melawati Alcazar yang dulunya, menempatkan bangunan senibina taman seolah-olah taman tergantung Babylon...........



                                                                       ALHAMBARA








                                                    
                                                         ALCAZAR CASTLE SEGOVIA