Pages

Wednesday 28 November 2012

UDANG LIPAN....memang macam lipan...



Udang lipan???korang pernah tengok atau dengar pasal udang ni??....

Aku pun baru tahu pasal kewujudan udang ni.....rupanya sebiji macam lipan....huhu
Lepas dah masak lagi la nampak macam lipan...
Kalau aku la,tak sanggup nak makan.....geli tengok nya....tengok orang makan relax je....sedap agaknya.....

Jom kita baca sedikit fakta pasal udang ni....jom2!

Udang lipan, udang mentadak atau udang ronggeng merupakan sejenis spesis udang yang diperdagangkan...ia merupakan sejenis udang laut....Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda...Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang...... Ia mampu mencecah 30 sentimeter (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai..... Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks.....Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang.........Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang...........


Ni gambar udang tu....







Facebook VS Twitter
















Facebook???      Twitter????   Which one do you prefer??

Semalam aku baru je selesai buat presentation pasal tajuk ni untuk subjek Academic Communication.....

Sebab buat tajuk ni la aku search pasal twitter....sebelum ni tak penah tau pun pasal twitter......penah dengar je la....

TWEET....TWEET....hehe.....

Al maklum la....aku ni tak da twitter.....ade facebook je......tapi bila dah search pasal twitter rasa best pulak twitter ni....hahha....Nak buat la....tapi tak tau bila la kan...haha


Dekat bawah ni ade video pasal Facebook VS Twitter.....

Korang tengok la...Funny....hehe


*THE BEST VILLAGE STYLE*




Amsterdam, Netherlands (The Best Village Style)

Bagi yang mengimpikan percutian gaya kampung penuh ketenangan, Amsterdam adalah tempat yang paling sesuai untuk mereka lawati.........

Bukan itu sahaja, Amsterdam terkenal dengan kawasan kincir anginnya serta padang ragut rumput yang luas. ....

Cuba korang semua bayangkan, korang berada dalam suasana senja dibawah pohon Oak sambil angin sepoi bertiupan.....Perghhhh!!!! Best tuuuuuuuuu.......
Satu pengalaman luar kota yang sangat sukar dilupakan......

Amsterdam juga terkenal dengan terusannya....... Apabila mengunjungi Amsterdam, korang boleh menyewa rakit dan menyusuri terusan di kawasan Amsterdam ini.....Sangat mengkagumkan.!!!......
 
Antara tempat terkenal yang patut dilawati adalah “Anne Frank House – A Museum with A Story”....



                                                         AMSTERDAM CITY

 








                                          “Anne Frank House – A Museum with A Story”







*THE CITY of ANCIENT CIVILISATION*

 
 
Mexico (The City of Ancient Civilisation)
 
Tempat ini agak antik dan bersejarah....bagi penggemar sejarah boleh la datang ke sini....
 
Sebenarnya, di sinilah bermulanya peradaban yang sangat terkenal iaitu Maya....... Maya meningkat popular dengan ramalan yang tepat seperti jangkaan kematian Abraham Lincoln....
 
Kini, masyarakat dunia heboh dengan jangkaan 2012 dalam kitab purba masyarakat Maya sehingga terhasilnya movie 2012.......
 
Untuk sesiapa yang ingin menambahkan ilmu dalam bidang peradaban purba dan masyarakat lampau, bolehlah melawat ke tempat-tempat seperti National Historic Park of Palengue yang merupakan kota lama peradaban Maya.....
 
Malah, tempat ini telah diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site...,,,
 
 
 
                                                                TEOTIHUACAN
 
 





                                        NATIONAL HISTORIC PARK of PALENGUE













*THE MOST EXQUISITE ARCHITECTURE*

 



Granada & Seville, Spain (The Most Exquisite Architecture)

Tempat pelancongan ini sesuai bagi mereka yang meminati senibina lampau.......

Alhambra adalah antara tempat yang mesti dilawati di Sepanyol yang terletak di Granada.............
Ia menghimpunkan banyak senibina lampau yang unik seawal penciptaan bangunan menggunakan batu pasir....

Di Seville, anda patut melawati Alcazar yang dulunya, menempatkan bangunan senibina taman seolah-olah taman tergantung Babylon...........



                                                                       ALHAMBARA








                                                    
                                                         ALCAZAR CASTLE SEGOVIA








*THE BEST BEACHES & ISLANDS*




Santorini, Greece (The Best Beaches and Islands) 


Greece adalah antara tempat terbaik untuk percutian tepi pantai dengan hionpunan pulau-pulau yang menakjubkan............

Bagi sesiapa yang mengatakan Hawaii adalah tempat terbaik untuk percutian tepi pantai...
mereka mungkin silap....kerana di Greece juga tidak kurang menariknya.........

Santorini atau dikenali juga dengan Thera adalah kawasan pulau bergunung berapi suatu masa dulu yang terletak di selatan Laut Aegean (Aegean Sea).........
Kawasan ini terkenal dengan pantai yang cantik disamping hotel-hotel di lereng bukit.,,,,



 









*THE CITY OF MODERN WORLD"





 New York, US (The City of Modern World)

New York yang juga dikenali sebagai The Big Apple.........

Di sini juga dikenali sebagai pusat membeli-belah dunia....tempat ini sesuai bagi mereka yang sukakan hiburan dan gaya hidup yang mewah.........

Manhattan, kawasan elit terkenal dunia.,,,

Siapa yang tak kenal dengan  jenama terkenal dunia seperti Armani Exchange, Prada, Dior, Louis Vuitton, semuanya ada di sini...

Anda juga boleh menikmati keindahan malam kota di tepi Brooklyn Bridge sambil menikmati pancaran cahaya terang daripada jambatan terkenal itu.
                                                                 
                                                                  New York City






                                                                      
                                                                       Manhattan






                                                   Brooklyn Bridge pada waktu malam