Pages

Saturday 15 December 2012

*Chocolate Hills, Bohol, Filipina*


 
 
 
Chocolate Hills merupakan tempat tarikan pelancong paling popular di Bohol, Filipina yang disenaraikan di nombor 6 dalam tujuh keajaiban baru dunia. Kawasan bukit ini terdiri daripada kira-kira 1268 bukit batu kapur yang dilitupi rumput berbentuk kon dengan ketinggian antara 40-120 meter. Chocolate Hills yang merupakan satu keajaiban alam ini juga disenaraikan sebagai tugu geologi nasional Filipina.

Semasa musim panas, bukit batu kapur yang dilitupi rumput ini akan mengering dan bertukar warna menjadi perang, mengubah kawasan ini menjadi barisan bukit yang kelihatan seperti coklat. Direkodkan bahawa tiada pembentukan semulajadi yang seumpamanya di dunia.

No comments:

Post a Comment